#header:hover{ -webkit-transition-duration: 2s; -moz-transform: rotate(7deg); -webkit-transform: rotate(7deg); padding-left: 140px; -webkit-transition-duration: 1s; }

Keistimewaan Lebah Dan Madu Di Dalam Al Quran

LEBAH
FAKTA AL-QURAN DAN HADIS
Allah menjelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia". kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan." (QS. An-Nahl: 68-69)

Lebah merupakan salah satu jenis haiwan istimewa yang dijadikan nama surah di dalam Al-Qur’an iaitu surah An-Nahl.Lebah memang makhluk Allah yang istimewa, ia dapat memberikan manfaat dan kenikmatan bagi umat manusia. Seperti yang diterangkan di dalam Al-Qur'an, bagaimana Allah memerintahkan lebah untuk membuat sarang dengan mengambil makanan (getah) dari berbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan madu dan produk lebah lainnya.


Rasulullah SAW juga berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an.

Maksudnya: "Ambillah/pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Di samping itu madu juga selalu digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar bertenaga dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, seperti Rasulullah SAW juga mengamalkannya.

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cobaan yang besar."


HADIS NABI MUHAMAD S.A.W. MENGENAI MADU
Terdapat banyak hadis nabi yang menjelaskan mengenai madu lebah. Di antaranya tentang dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Pertama, mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu.Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda ”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Riwayat Bukhari)

     
     



PANDANGAN ULAMA DAN SAINTIS.


Dr. Susan Percival 
(Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat) 
"Madu lebah mengandungi berbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. Madu lebah  juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan kandungan Madu lebah  yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukosa dan fruktosa. Ini meningkatkan stamina para atlit, "

PENDAPAT Iman Al Gazzali

 Mengikuti pendapat beliau dalam kitab Al Ihya' bahawa 

"sesungguhnya Allah ta'ala mengeluarkan lilin dan madu dari air liurnya, salah satunya sebagai ubat dan yg lainnya sebagai penerang."















KESIMPULAN

Lebah madu adalah salah satu makhluk Allah yang memiliki banyak keistimewaan dalam pola perilaku hidupnya. Mereka mampu menunjukkankemampuannya dalam berorganisasi dengan baik dan menghasilkan produk yang bermanfaat bagi koloninya sendiri dan manusia. Lebah madu dianugerahikesempurnaan alat-alat tubuh yang memungkinkannya untuk melaksanakan tugasdengan baik sebagai makhluk Allah SWT.

RUJUKAN

No comments:

Post a Comment