#header:hover{ -webkit-transition-duration: 2s; -moz-transform: rotate(7deg); -webkit-transform: rotate(7deg); padding-left: 140px; -webkit-transition-duration: 1s; }

KESIMPULAN


  • Pengertian manusia menurut pandangan Islam, manusia ialah makhluk yang mulia dan dihormati di sisi-Nya, yang diciptakan Allah dalam bentuk yang baik. Manusia diberikan akal dan hati, sehingga dapat memahami ilmu yang diturunkan oleh Allah, seperti Al-Quran menurut sunah rasul. Dengan ilmu manusia boleh membezakan yang baik atau buruk. Allah menciptakan manusia dalam keadaan sebaik-baiknya (at-Tiin : 95:4).
  • Manusia adalah makhluk yang sedar diri. Ini bermaksud bahawa ia adalah satu-satunya makhluk hidup yang mempunyai pengetahuan atas kehadirannya sendiri. Ia boleh mempelajari, manganalisis, mengetahui dan menilai dirinya.
  • Terdapat dua pendapat mengenai asal usul manusia, iaitu asal usul manusia dari nabi Adam a.s yang merupakan pendapat para ahli agama sesuai dengan kitab-kitab suci sebagai dasar (termasuk agama Islam). Pendapat kedua berdasarkan penemuan fosil-fosil oleh para ilmuan yang berpendapat bahawa asal usul manusia sesuai dengan teori evolusi merupakan hasil evolusi dari kera-kera besar selama bertahun-tahun dan telah mencapai bentuk yang paling sempurna. Teori kedua yang dianggap ilmiah itu adalah tidak benar  kerana antara teori dengan kenyataan tidak dapat dibuktikan.
  • Proses kejadian manusia berdasarkan Al-Qur’an dan As Sunnah terjadi dalam dua tahap. Pertama, tahap primordial, iakni proses penciptaan nabi Adam a.s sebagai manusia pertama. Kedua, tahap  biologi, iaitu manusia diciptakan dari inti sari tanah yang dijadikan air mani (nuthfah) yang tersimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian nuthfah itu dijadikan darah beku (‘alaqah) yang menggantung dalam rahim. Darah beku tersebut kemudian dijadikan-Nya segumpal daging (mudghah) dan kemudian dibalut dengan tulang belulang lalu kepadanya ditiupkan roh.
  • Allah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk, sehingga tidak ada satu makhluk pun yang lebih tinggi darjatnya dari manusia. Seperti ilmu berkaitan komputer, maka Allah telah menjadi manusia dengan sistem hardware dan software, lengkap, berkualiti tinggi dan multifungsi. Kesemua peringkat ini bekerja secara sinergis dan dinamis agar manusia boleh menjalankan fungsinya sebagai khalifah Allah di bumi.
  • Tujuan utama penciptaan manusia adalah agar manusia menyembah dan mengabdi kepada Allah swt. Sedangkan fungsi penciptaan manusia ke dunia, diklasifikasikan ke dalam tiga (3) pokok, iaitu:

  1. Manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi
  2. Manusia sebagai Warosatul Anbiya’
  3. Manusia sebagai ‘Abd (Pengabdi Allah)
Kesimpulannya ,sudah jelaslah bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana dikurniakan akal fikiran. Kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya setiap kejadian ada kepentingannya, contohnya kita sebagai manusia dipertanggungjawabkan untuk mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Dengan adanya akal fikiran, manusia boleh melakukan sesuatu dengan rasional berbanding makhluk yang lain di muka bumi ini. Sehingga kini, Teori Darwin masih dipertingkaikan oleh segelintir masyarakat kerana mengikut teori beliau, manusia adalah gabungan kera tetapi hakikatnya kera itu adalah haiwan sedangkan manusia itu individu yang tersendiri.

      Hadis menyatakan bahawa penciptaan manusia itu dihimpun di dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk air mani. Kemudian selama 40 hari dalam bentuk segumpal darah, kemudian 40 hari dalam bentuk segumpal daging. Lalu,diutuslah malaikat yang akan meniupkan roh padanya. Hal ini berlaku dalam waktu 4 bulan atau 120 hari (40 hari x 3 fasa).

No comments:

Post a Comment