#header:hover{ -webkit-transition-duration: 2s; -moz-transform: rotate(7deg); -webkit-transform: rotate(7deg); padding-left: 140px; -webkit-transition-duration: 1s; }

Saturday, 13 February 2016

AHLI KUMPULAN

.


    Assalamualaikum.. Kami pelajar Politeknik Tuanku Sultanah 

Bahiyah dari Jabatan Awam bagi program DKA sesi Disember 

2015. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang ahli iaitu 

Safura,Aishah,Atikah dan Hannah. Tujuan kami mencipta "blog" 

ini adalah bagi melaksanakan tugas berkumpulan. kami memilih 

tajuk kejadian manusia dan proses kejadian manusia. kami akan 

mengulas serba sedikit mengenai tajuk ini. Anda boleh 

mendapatkan informasi dan pengetahuan daripada "posting" 

kami. 

Rajin - rajinkanlah membaca posting2 dari kami. Terima kasih .

Friday, 12 February 2016

PENGENALAN

 Dalam Bahasa Arab , manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama erti dengannya adalah an-nas , al-ihsan dan dalam bahasa Melayu sebagai pelupa .Al-Quran menerangkan berkenaan  ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa surah .
Antaranya :
Firman Allah yang bermaksud :



 Menurut al-syaukani:

“manusia adalah makhluk yang dianugerahkan sifat-sifat yang cukup istimewa seperti sifat yang dimiliki oleh Allah seperti mendengar , mengetahui , berkata-kata dan sebagainya”.

Namun kita tidak boleh menyamakaan sifat-sifat Allah dengan manusia kerana Maha Suci Allah dari menyerupai sifat makhluk,malah ia bersifat mukhalafatuhubinafsih(berbeza/bersalahan dengan yang lain)”.

Menurut golongan Ikhwan al-safa:


“manusia adalah satu zat yang terdiri dari jasad dan roh.”

Malaikat telah sujud kepada Nabi adam a.s setelah dicipta oleh Allah swt sebagai satu tanda penghormatan yang agung Adam a.s bukanlah makhluk 'homo eretus' seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin.Jika Adam a.s adalah makhluk 'homo eretus' sudah tentu Allah tidak melantiknya sebagai khalifah Allah.
Firman Allah yang bermaksud :